“Dan diantara tanda-tanda
(kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu
mencari sebahagian dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, “[Qs. Ar-rum: 23]
Tidur singkat dapat
menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan
maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya
memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.
Rehat
cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun
gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.
Oleh kerana itu, para
pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang
hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka
mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka
lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.
Pasukan penyelidik dari
Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan.
Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa
membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak
berbeza.
Dan hasilnya ternyata tidur
singkat di ‘siang hari’ sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para
penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan
istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka
menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah
sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.
Diingatkan kembali terhadap apa yang
disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur
sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.
Ini adalah tanda keajaiban
Al-Qur’an sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui.
Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu pentingnya tidur
siang kecuali di abad ke 21. Sedangkan Al Quran telah menegaskan pentingnya tidur
malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat
belas abad lalu!
Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur
Para saintis Universiti
Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka
menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan
adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke
wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan
maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali
selepas seseorang bangun dari tidur.
Namun kajian selanjutnya
menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap minimum ketika ia baru
saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 15-30 minit untuk dapat
mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu, penyelidik menyarankan agar
seseorang setelah bangun tidur melakukan beberapa latihan ringan untuk
memulihkan aktiviti otak.
Di sini, kita juga boleh
memahami mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam banyak mengingatkan Allah
selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi
beliau menggunakan bahagian waktunya setelah tidur untuk berdoa dan berzikir
sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan
para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada
kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.
Para penyelidik memberi
amaran kepada doktor yang berjaga malam juga pekerja dimalam hari yang
memerlukan keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan mereka untuk tidak
mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu
perempat jam selepas bangun tidur.
Inilah Sebabnya Allah swt
berfirman:
“Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. “(Qs. Az-Zumar: 42).
“Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. “(Qs. Az-Zumar: 42).
Ayat ini menjelaskan
tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur dengan mati. Kerana itu kita
perlu dengan berzikir kepada Allah swt sebelum tidur dan selepas bangun dari
tidur. Bercermin pada apa yang dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam.
Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?
1. Jangan terlalu banyak
tidu, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur
kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.
2. Manfaatkan waktu tidur
kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat
yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk
membantu kita menghafal Kitabullah.
3. Hal pertama yang harus
dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo’a sebagaimana diajarkan Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam,
“Segala puji bagi Allah
yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami
dikumpulkan”.
Lalu berwudhulah, solat dan
bacalah Al Qur’anul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya.
Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat
keputusan penting dalam hidup.
0 komentar:
Posting Komentar